Oleh kerana KMFC tidak menyertai kejohanan Liga Suparimau Pasir Gudang Bawah 10 tahun,beliau merupakan pemain berpotensi besar adalah satu-satunya bakat 10 tahun yang disenaraikan.

Beliau berjaya menghasilkan 4 gol,2 gol menentang FAJAR SELATAN JR dan 2 gol menentang ESQUINA JR. Dengan fizikal beliau yang rendah,ianya pada awalnya kelihatan satu kelemahan tetapi bukan kerana itulah yang memudahkan beliau menggelecek kerana pusat graviti yang rendah.

Beliau juga mampu menjaringkan gol menerusi tandukan. Beliau mampu menewaskan beberapa pemain sebelum membuat percubaan atau hantaran kepada rakan sepasukan.

Kerja keras anak saudara kepada jurulatih Lokman Bin Othman itu hadir daripada Ulu Tiram setiap Sabtu sedang menunjukkan hasilnya. Beliau adalah seorang pelatih yang rajin dan akan menyerlah bila bermain dalam sebuah pasukan yang hebat.

Tahniah Zikri,anda sememangnya layak disenaraikan. Kita buat semula di minggu kedua.