Pada 18 Januari ini bertempat di Padang Desa Cemerlang,Ulu Tiram 16 pasukan akan bersaing bagi mencari kejuaraan sulung pasukan masing-masing. KMFC akan menghantar 1 pasukan bawah 11 tahun yang dibarisi kebanyakan pemain 10 tahun pada 2019.

Sasaran bagi kejohanan kali ini adalah untuk sekurang-kurangnya layak ke peringkat kedua oleh kerana hanya sekali perlawanan persahabatan dan satu latihan dijalankan sepanjang tempoh masa menanti kejohanan ini berlangsung. Namun begitu,melihat kepada keserasian ditunjukkan semasa perlawanan persahabatan ternyata tidak mustahil untuk melepasi peringkat kumpulan.

Beberapa muka baharu juga kemungkinan besar akan menyertai pasukan apabila latihan percubaan pada sabtu ini akan menilai prestasi mereka dan jika bersesuaian,ada peluang untuk mereka disenaraikan. Semoga kejohanan ini akan dapat membentuk keserasian yang jitu sesama mereka sebelum kejohanan besar disertai oleh KMFC,Insha Allah.