Beliau mula bermain di sekolah menengah di Saitama Japan, Ketika berumur 18 tahun beliau melanjutkan pelajaran sambal bermain bolasepak di Argentina. Beliau ke Argentina melalui kenalan jurulatih semasa di sekolah menengah di Saitama.

1.Kelab-kelab yang pernah beliau bermain?

Selepas tamat 2 tahun di Argentina beliau kembali ke Saitama dan mecuba nasib untuk bermain Bersama kelab JFL selama 3 tahun sebelum berpindah ke kelab di region league ( Nara Club)

2. Pernah rasa berputus asa bila sekadar duduk di bangku simpanan?

Semasa bermain di Kelab JFL beliau menceritakan yang mana beliau hanya mengisi bangku simpanan selama 2 tahun. Walaupun begitu perasaan utk berputus asa tidak sekali wujud didalam diri beliau kerana cinta terhadap sukan bolasepak. Belia terus berusaha hari demi hari utk memperbaiki kemahiran walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

3. Penerimaan orang terhadap kehadiran beliau sebagai pemain daripada Asia.

Semasa di Argentina beliau menceritakan cabaran dipandang rendah oleh pemain bolasepak di sana kerana orang asia di anggap sebagai tahap yang rendah didalam bolasepak. Adakalanya beliau disalah anggap sebagai orang china . Mempelajari Bahasa Argentina dan dapat menyesuaikan diri dgn situasi di sana selama 2 tahun

4. Kenapa sanggup merantau ke negara luar ( asia ) walau menerima gaji yang murah.

Jawapannya mudah bagi beliau sebab cinta beliau terhadap bolasepak memberi semangat utk beliau terus berkelana.

5. Gaya hidup dan disiplin pemain bolasepak yg mahu menjadi pemain professional.

Beliau menceritakan tentang seorang kawan sebaya beliau yg mana dari kecil lagi sudah memasang impian utk menjadi pemain professional. Kawan beliau sentiasa melakukan latihan tambahan tanpa disuruh untuk mencapai cita-cita. Beliau ada mencerita kan sebagai pemain bolasepak,perlu sentiasa perlu tingkatkan lemahiran diri melalui latihan tambahan dan try and error.

6.Siapakah idola beliau di Jepun?

Masyarakat bolasepak Jepun hanya ada seorang sahaja idola . KING KAZU. Kazuyoshi Miura . Dia adalah idola kepada semua peminat bolasepak jepun dan di anggap lagenda. King Kazu di jadikan idola juga oleh beliau dlm meneruskan minat terhadap bolasepak.

7. Kelab paling dirindui dan paling sukar

Kelab yang paling mencabar ialah dalam karier beliau ialah Arte Takasaki (JFL League ) kerana beliau masih mentah dalam bolasepak selepas pulang dari Argentina. Kelab yang paling dirindui ialah semua kelab yg pernah beliau bermain, ini kerana pada beliau bolasepak adalah istimewa apabila dapat bermain di dalam sesebuah perlawanan.