Jika dilihat semula pencapaian bolasepak di Pasir Gudang,ianya sesuatu yang boleh dibanggakan kerana banyak pencapaian bolasepak di pelbagai peringkat umur telah dikecapi. Ini disebabkan oleh sumbangan seorang insan yang hebat bernama Akmal Fadhil Bin Azaman.

Beliau yang bertugas sebagai Pengerusi Teknik dan Sukan Bolasepak MSSD Pasir Gudang,telah membawa Pasir Gudang di tahap yang cukup membanggakan. Selain itu,beliau juga antara watak penting Stylo Mylo yang dikenali ramai.

Anak kelahiran Pahang ini juga pernah berkhidmat sebagai jurulatih di SETIA DARUL TAKZIM sekitar tahun 2015. Terlalu banyak kejayaan beliau untuk disenaraikan namun yang pasti ketiadaan beliau akan dirindui.

Beliau akan berpindah ke kampung halaman untuk berbakti di sana. Kami daripada pihak KMFC mengucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya dan dan diberikan kesihatan yang baik untuk sekeluarga.