Permulaan yang baik bagi tahun 2020 apabila mendapat penajaan jersi rasmi bagi KMFC GIRLS. Ianya akan memberikan semangat dan juga motivasi terbaik bagi pasukan perempuan mengharungi musim 2020 yang akan lebih mencabar.

Siapakah pemilik Teras Rezeki dan apakah perniagaan atau perkhidmatan yang dilakukan oleh syarikat ini? Sama-sama kita nantikan artikel khusus mengenai syarikat ini pada masa terdekat. Ini adalah satu penghargaan apabila semakin ramai pihak syarikat dan individu berminat menaja pasukan KMFC samada lelaki mahupun wanita.Semoga kerjasama ini akan dapat memberikan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak,Insha Allah.