Kejohanan ini berjaya dimenangi oleh SJFC dengan memenangi 2 daripada 3 kategori umur yang dipertandingkan. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan.

BAWAH 8

  • SJFC (3)-(4)KMFC

BAWAH 10

  • SJFC (1)-(0)KMFC

BAWAH 12

  • SJFC(0)-(0)KMFC
  • (SJFC menang penalti 2-1)

BAWAH 8

Perlawanan bermula sangat baik apabila KMFC mengasak tanpa henti kubu pertahanan lawan dan mendapat 3 gol dalam masa 10 minit awal. Permainan SJFC tidak kurang hebatnya,apabila terdapat beberapa pemain mampu mengawal bola dengan cukup baik. Hanya kesilapan pemain menjaringkan gol sendiri membantu KMFC.

Separuh masa kedua bermula lebih seimbang apabila SJFC sudah mendapat rentak. Hasilnya mereka merapatkan kedudukan 3-1. Tanpa putus asa,SJFC terus mengatur pergerakan namun KMFC menambah jaringan menjadikan kedudukan 4-1

SJFC tidak berputus asa dan mereka berjaya merapatkan kedudukan menjadi 4-2. Beberapa pemain utama KMFC sudah menunjukkan keletihan yang ketara dan peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh SJFC dan kedudukan 4-3.

SJFC cuba menyamakan kedudukan namun tidak berjaya kerana wisel telah ditiup. 30 minit permainan telah pun tamat.

Bawah 10

Bermain seramai 9 orang kelihatan agak janggal bagi KMFC. Mereka dibolosi gol hasil kesilapan pemain tidak mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya dan keputusan 0-1. Ianya dijaringkan dalam tempoh 10minit pertama.

Selepas itu permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Namun beberapa peluang terhidang gagal disempurnakan oleh pemain KMFC.

Perlawanan tidak banyak berubah di separuh masa kedua. Cuma keadaan permainan semakin fizikal dengan beberapa kekasaran berlaku mendatangkan kecederaan ringan kepada kedua-dua pemain pasukan.

Kedudukan tidak berubah dan 40 minit masa permainan disudahi dengan keputusan masa penuh SJFC (1)-(0)KMFC.

Bawah 12

Perlawanan lebih menarik dipamerkan oleh KMFC. Beberapa peluang terhidang di depan tiang gol gagal dimanfaatkan pemain selain gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila bola terkena pertahanan pasukan lawan.

Binaaan serangan daripada tengah lebih baik namun kerap kali hilang bola di hadapan tiang gol. Aksi terlalu bersahaja dihukum oleh beberapa pergerakan pantas SJFC membuat serangan balas.

Keputusan terikat sehingga 60 minit permainan dan penentuan 3 sepakan penalti terpaksa dijalankan. KMFC tewas dengan keputusan 1-2 dan sekaligus menjadikan SJFC juara keseluruhan.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan yang berjuang dengan penuh semangat kesukanan dan pada masa sama belajar sesuatu yang berharga bagi persiapan pasukan masing-masing menghadapi kejohanan yang akan datang.

Tahniah SJFC,jumpa lagi di edisi kedua anjuran anda pula di Skudai,Insha Allah.