Kita seringkali melihat perlawanan perlawanan persahabatan berdefinisi tinggi melibatkan pasukan daripada liga semi pro dan pro di dalam Malaysia. Baru-baru ini baki saingan Liga Super,Liga Premier juga disiarkan di dalam siaran langsung di Youtube. Namun ini adalah pertama kalinya perlawanan persahabatan melibatkan sebuah kelab bolasepak akar umbi akan dijalankan secara siaran langsung secara HIGH DRFINITION(HD).

Sedikit sebanyak usaha ini akan membuka mata banyak pihak terdapat individu yang betul-betul serius dalam pembangunan bolasepak akar umbi sekiranya diberikan ruang dan peluang untuk membangunkan pasukan. Meskipun kos siaran langsung ini sedikit membebankan namun KMFC percaya impak positifnya akan dijelmakan dalam bentuk sumbangan derma yang dijangka akan meningkat pada hari perlawanan persahabatan yang akan dijalankan. Selain itu juga diharapkan usaha ini akan menarik syarikat,organisasi mahupun individu yang berkemampuan mengalihkan arah sokongan mereka terhadap kelab bolasepak akar umbi berbanding pasukan bolasepak senior.

Perlawanan persahabatan ini juga akan menampilkan pemain berbangsa cina daripada skuad PUFC dan juga pemain perempuan untuk memeriahkan lagi perlawanan persahabatan yang akan dilangsungkan di Padang Bolasepak Jalan Mangga 12 pada jam 9 pagi. PUFC akan hadir ke Kota Masai sehari lebih awal iaitu pada Jumaat untuk membiasakan diri dengan padang latihan KMFC. Perlawanan akan dijalankan dengan format 8 sebelah dan terdapat obvious off-side dengan durasi permainan adalah selama 25 minit setiap separuh masa dan rehat selama 5 minit.

Perkara yang perlu diambil perhatian adalah suasana perlawanan persahabatan ini yang dijangka meriah dengan kehadiran penyokong KMFC dan PUFC dan menariknya juga waktu inilah penonton siaran langsung dapat melihat sebuah kelab yang mempunyai advertisement board menambahkan lagi seri untuk ditonton. Slot iklan semasa waktu rehat juga akan diisi olh 2 syarikat yang menaja perlawanan persahabatan ini.

Diharap semua penonton juga boleh melakukan derma melalui pautan www.kotamasaifc.com/derma/ dengan sumbangan boleh dilakukan serendah RM1 akan membantu dana pembangunan KMFC bagi tahun 2021. Nantikan artikel-artikel menarik sepanjang menantikan perlawanan persahabatan yang akan dilangsungkan pada 26 September ini.