Selepas 1 bulan tiada sesi latihan rasmi,esok KMFC akan memulakan latihan pertama. Walaupun sebelum ini terdapat perlawanan persahabatan namun ianya bertujuan untuk menguji pemain lama dan baru.

Latihan pada esok lebih tertumpu melihat kualiti permainan pemain baru dan lama dalam persiapan pasukan menghadapi 2 kejohanan iaitu 15 dan 22 Februari.

15 Februari adalah sebuah perlawanan persahabatan melibatkan kategori 8,10 dan 12 tahun menentang SJFC manakala 22 Februari adalah kejohanan melibatkan 8 pasukan bagi setiap kategori 8 dan 10 tahun.

Ingin diingatkan supaya pelatih hadir dalam keadaan bersedia iaitu bersarapan seawal mungkin selepas atau sebelum Subuh dan membawa kelengkapan yang bersesuaian.

Mereka juga digalakkan membawa air minuman sendiri sertai pakaian persalinan untuk keselesaan selepas menjalani latihan.

Juga ingin diingatkan supaya hadir 15minit lebih awal sebelum latihan dan juga kepada ibu-bapa hadir 15minit lebih awal semasa mengambil pelatih.

Diharap semua pelatih akan seronok dengan latihan yang dijalankan dan pada masa sama mereka akan berjaya mempelajari sssuatu yang bermanfaat untuk digunakan,Insha Allah.