Perlawanan berlangsung melibatkan 2 pasukan daripada kedua-dua pasukan bertujuan menguji pemain-pemain sedia ada. Berikut adalah pencapaian setiap pemain:

  • Iqbal (Penjaga Gol)

Bermain di kedua-dua perlawanan dan dibolosi 3 gol. Beliau sangat positif daripada segi corak permainan membina serangan daripada bawah.

Berjaya memenangi bola semasa situasi 1 lawan 1 dengan kebanyakan anggota badan digunakan. Masih terdapat sedikit kekurangan daripada keputusan sama ada untuk keluar membuat clearance atau kekal di kawasan kotak penalti.

  • Engku (Pertahanan Tengah)

Beliau antara pemain terbaik dalam perlawanan ini. Bijak membaca perlawanan dan sukar dilepas oleh pasukan lawan.

Berani bermain daripada bawah dan beberapa percubaan pasukan lawan masuk ke kawasan kotak penalti berjaya dipatahkan.

  • Rayyan Harith(Pertahanan Tengah)

Mempunyai visi baik dalam mengatur pergerakan pasukan. Mempunyai karakter lantang yang sangat diperlukan untuk menjadikan pasukan lebihkan bekerjasama berbanding individu.

Pemain terbaik bagi kategori usia 10 tahun kerana sikap kepimpinan yang semakin matang berbanding sebelum ini.

  • Syamil Adam(Pertahanan Tengah)

Terdapat beberapa pergerakan yang sangat baik dilakukan beliau. Fizikal beliau adalah satu kelebihan.

Namun terdapat beberapa aspek perlu diperbaiki seperti membuat keputusan semasa ingin memberikan tekanan. Beberapa kali beliau keluar sedikit awal menjadikan situasi 1 lawan 1 di antara penjaga gol dan penyerang lawan.

  • Amaluddin(Pertahanan Tengah)

Sebelum ini bermain sebagai penjaga gol,ini adalah percubaan pertama bermain di posisi pertahanan tengah. Agak kekok pada aksi pertama.

Ada beberapa peluang disia-siakan oleh beliau selain beberapa pergerakan lawan dibiarkan bebas. Banyak lagi perlu diperbaiki jika mahu merebut peluang bermain lebih kerap.

  • Azri(Pertahanan Tengah/Pemain Tengah)

Bermain di kedua-dua posisi seakan tiada masalah bagi beliau. Mempunyai karakter lebih tenang mengimbangi perwatakan Rayyan,rakan beliau.

Mempunyai kekuatan sepakan yang baik. Mampu memberikan ancaman ketika mengambil sepakan penjuru dan juga percuma. Mempunyai kemampuan dan keinginan kuat untuk menjaringkan gol daripada jarak jauh. Beliau juga telah berjaya menjaringkan gol.

  • Afiq Muqrie

Masih banyak perlu diperbaiki untuk beliau apabila bermain dalam saiz padang yang lebih besar. Prestasi beliau semasa saiz padang lebih kecil adalah lebih baik.

  • Qarlish(Penyerang)

Pada awal permainan beberapa pergerakan menarik berjaya mencuri tumpuan penonton. Namun selepas itu,beliau kelihatan sedikit terpisah dengan rakan-rakan.

Selepas rehat,permainan one touch football mereka semakin baik. Sudah mula bermain sebagai sebuah pasukan berbanding separuh masa pertama lebih kepada individu.

  • Zikri(Penyerang)

Bermain sangat baik di hadapan. Menjadi kunci utama kepada kebanyakan gol dihasilkan. Beliau menyumbangkan satu gol yang penting.

Mampu menggelecek dengan baik melepasi beberapa pemain lawan dan juga kualiti hantaran yang baik. Mampu pergi lebih jauh jika mempunyai disiplin yang hebat semasa latihan.

  • Airel Naufal(Sayap Kanan)

Prestasi beliau semakin baik berbanding sebelum ini. Terdapat beberapa pergerakan semasa separuh masa kedua yang baik dilakukan beliau.

Posisi beliau semasa tidak memiliki bola perlu diperbaiki. Kesungguhan untuk memberikan tekanan kepada pasukan lawan perlu diperbaiki.

  • Naufal Zulfikar(Sayap Kanan)

Mempunyai kemahiran menggelecek sangat baik. Pergerakan beliau boleh mencipta jaringan atau bantuan jaringan.

Antara pemain penting yang mencorak perlawanan. Namun begitu,beliau harus membuat keputusan yang lebih cepat dan memanfaatkan pergerakan pantas berbanding menyimpan bola lebih lama.

  • Farish(Penyerang)

Sama seperti rakan serangan beliau Naufal Zulfikar,mempunyai keupayaan dan kelemahan yang sama. Namun begitu,prestasi beliau membanggakan di separuh masa kedua.

Pergerakan beliau sering kali dipatahkan pemain lawan apabila memegang terlalu lama. Namun,ianya diperbaiki pada separuh masa kedua.

  • Mukhriz(Penyerang/Pemain Tengah)

Kurang efektik semasa bermain sebagai penyerang,potensi dan corak permainan lebih menarik semasa bermain di posisi pemain tengah.

Beliau rajin membantu barisan pertahanan ketika diserang pasukan lawan dan barisan tengah untuk menyerang pasukan lawan.

  • Harriz(Sayap Kiri)

Perlu meningkatkan lagi komunikasi sesama pemain pasukan semasa di dalam padang. Ada beberapa ketika beliau mengganggu rakan yang sedang memiliki bola.

Namun begitu,ada usaha yang sangat baik turun daripada kawasan lawan sehingga ke kawasan sendiri membantu pertahanan. Pemain yang paling rajin memberikan tekanan.

  • Aqil(Pertahanan Tengah/Sayap Kanan)

Mampu bermain di kedua-dua posisi dengan baik. Cuma perlu mempertingkatkan lagi kualiti hantaran beliau semasa bermain sebagai sayap kanan.

Mempunyai bacaan bola yang bagus semasa bertahan. Beliau juga boleh bermain sebagai penjaga gol jika diperlukan.

Ianya adalah satu perlawanan yang sangat baik untuk menilai prestasi pemain kerana pasukan lawan juga sangat baik memberikan tekanan yang hebat dengan permainan yang lebih ringkas.

Perlawanan berbalas serangan disamping aksi menyakinkan dan menghiburkan oleh beberapa individu di dalam padang.

Beberapa kelemahan individu dan sepasukan telah dikenal pasti akan diperbaiki dalam masa terdekat untuk persiapan kejohanan akan datang. Terima kasih semua yang terlibat dalam perlawanan persahabatan tadi.