Perlawanan yang berlangsung di UniKL Sri Alam bermula jam 5.15 petang itu menggunakan format 3 set selama 25 minit.

KMFC-FRENZ PG berjaya menjaringkan 1 gol di set pertama dan set kedua. 3 lagi gol berjaya dihasilkan pada set ketiga.

Permainan dipamerkan bermula sedikit perlahan akibat keadaan padang yang kurang rata menyebabkan pemain sukar mengawal bola.

Permainan menyaksikan banyak peluang terbuka menghasilkan gol gagal disempurnakan oleh barisan serangan. Kerap kali juga barisan serangan terperangkap off-side.

Barisan pertahanan mantap mengawal perlawanan daripada dibolosi pasukan lawan. Namun terdapat beberapa perkara perlu diperbaiki untuk menghadapi saingan liga sepanjang musim 2020.

Satu perlawanan yang baik memberikan momentum kemenangan kepada pasukan ingin menghadapi perlawanan pertama. Semoga kita beroleh kemenangan pada perlawanan pertama,Insha Allah.