Pada 12 tengah hari tadi berlangsungya satu upacara penyerahan sijil kepada 37 akademi bolasepak terbaharu yang dijalankan di WISMA FAM,Kelana Jaya. Upacara ringkas itu disertai oleh Peter De Roo selaku Technical Director of FAM dengan memberi sedikit ucapan yang mengajak semua pihak kembali kepada konsep bolasepak itu menyeronokkan.

Beliau menegaskan banyak pemain apabila meningkat dewasa seperti di usia 13 dan 14 tahun memberikan alasan bolasepak sudah membosankan dan mereka memilih untuk menceburi sukan selain bolasepak. Tahniah dan syabas mengiringi ucapan beliau kerana dengan adanya usaha yang digerakkan oleh Samuel Siew selaku Ketua Unit Akar Umbi FAM ini banyak membantu bolasepak Malaysia yang telah lama ditinggalkan sebelum ini. Sesi diakhiri dengan sesi bergambar dan networking sesama akademi.