Demi memastikan penonton atau pengikut KMFC dapat menikmati siaran langsung yang lama dan berkualiti,satu perlawanan persahabatan menentang SHARK UNITED bawah 12 tahun telah diaturkan pada 26 September 2020 pada jam 10 pagi sejurus sahaja tamat perlawanan persahabatan menentang PERDANA UNITED kategori bawah 10 tahun.

Ini bukannya kali pertama KMFC menentang SHARK UNITED namun rekod seimbang ditampilkan apabila menerusi 2 pertembungan,1 kemengan dan 1 kekalahan memihak KMFC dan SHARK UNITED masing-masing. Perlawanan kali ini akan menggunakan format 9 sebelah dengan terdapat obvious offside disamping berdurasi 25 minit setiap separuh masa dan sepakan penalti akan dilakukan sehingga menemui pemenang sekiranya masa penuh berkeputusan seri.

Perlawanan persahabatan ini adalah satu usaha mengekalkan kecergasan pemain terutama yang berusia 11 tahun bagi saingan Liga Suparimau yang dijangka akan dimulakan awal Februari 2021. Ini juga merupakan perlawanan persahabatan kedua KMFC U12 selepas berjaya menewaskan ATJ U12 dengan keputusan 12-3 pada perlawanan yang dilangsungkan di Danga Futsal Centre. Semestinya momentum kemenangan ini ingin dikekalkan dan persiapan rapi sedang dijalankan.