Meskipun sekadar sebuah perlawanan persahabatan kategori bawah 10 tahun,aspek pengadil tidak dipandang mudah oleh KMFC selaku penganjur perlawanan. Menggunakan khidmat pengadil terbaik di dalam daerah Pasir Gudang akan menjanjikan sebuah permainan yang lebih menarik untuk ditonton. 

Kedua-dua mereka berpengalaman luas dalam bidang pengadil di peringkat negeri Johor. Pengadil yang akan digunakan adalah Cikgu Marzuki dan Cikgu Fakaruddin. Diharap dengan kehadiran kedua-dua pengadil ini mampu berikan satu nilai tambah dalam siaran langsung tersebut. Tiba masa untuk lebih ramai pemain bolasepak menceburkan diri dalam bidang pengadil yang saban hari mendapat permintaan tinggi daripada kejohanan bolasepak.

KMFC juga berhasrat suatu hari nanti menubuhkan sebuah akademi pengadil yang mampu memenuhi keperluan perlawanan persahabatan dan kejohanan di bawah KOTA MASAI GRASROOT LEAGUE(KMGL). Semoga bidang kepengadilan semakin berkembang!