Pada perlawanan persahabatan yang dilangsungkan di Padang Jalan Mangga 12 semalam,gabungan 2 pasukan iaitu di antara KMFC dan PSS gagal memberikan kemenangan yang diharapkan. Namun satu pengalaman baik diperolehi apabila bertemu pasukan yang mempunyai kualiti hantaran,kawalan dan juga pressing lebih kemas berbanding pasukan Passionate Kids(nama gabungan yang digunakan)

Perlawanan dilangsungkan dengan bermain 9 sebelah tanpa ada offside selain bermain dalam tempoh 20 minit sebanyak 3 set. Pemain-pemain KMFC sukar membina gerakan apabila pemain lawan cepat menekan pemain Passionate Kids yang baru sahaja mahu ingin mengatur gerakan. Selain itu faktor kurang persefahaman antara kunci utama kekalahan 0-4 terhadap pasukan lawan tersebut. Namun masih ada beberapa perkara positif dapat dilihat antaranya peningkatan tahap kecergasan pemain serta aspek bertahan semasa situasi diserang balas.

Kredit juga harus diberikan kepada pemain PSS berusaha sedaya upaya dan memberikan seratus peratus dalam usaha memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan. 9 orang pemain daripada KMFC dan 8 orang PSS bergabung dalam perlawana ini. Tahniah diberikan kepada pasukan NORTHERN MALAYA FC yang berjaya memenangi perlawanan ini dengan cukup berkualiti daripada pelbagai aspek.