Kejohanan ini melibatkan 10 pasukan yang dipilih sekitar Johor bagi merebut gelaran sulung. Selain itu,terdapat ramai pemantau bakat daripada AMD,PLD dan SSN hadir untuk melihat bakat-bakat yang boleh diketengahkan lebih jauh pada masa hadapan.

KMFC diundi di dalam Kumpulan A bersama Stylo Mylo,AT JB Panther,UTHM Kids dan AT MUAR. KMFC dibarisi seramai 7 pemain berusia 12 tahun dan selebihnya seramai 9orang berusia 11 tahun. Seramai 4orang pemain NAMRA digunakan bagi memperkuatkan pasukan KMFC yang rata-ratanya pemain berusia 11 tahun. 2 daripada pemain tersebut juga adalah pemain yang bakal menyertai JDT pada tahun 2021.

Berikut adalah keputusan peringkat Kumpulan A

Peringkat Kumpulan

  • KMFC (0)-(2) SMFC
  • KMFC (2)-(0)ATJB PANTHER
  • KMFC (0)-(0)-UTHM KIDS
  • KMFC (2)-(0) AT MUAR

Suku Akhir

  • KMFC (0)-(1)HNFC

Selaku Naib Juara Kumpulan A,KMFC diundi bertemu dengan Harimau Nusa FC,jiran terdekat dan juga pemegang Piagam Suparimau Gangsa. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan 0-1 dan HNFC layak peringkat seterusnya. Ini bermakna pada perlawanan ini KMFC mengalami 2 kekalahan yang pertama semenjak bolasepak mula diperkenalkan. Satu pengajaran bermakna kepada KMFC yang sedang membuat persiapan bagi tahun 2o21.

Tahniah kepada UTHM KIDS selaku Juara,HNFC selaku Naib Juara dan juga Stylo Mylo dan AT JB yang masing-masing menduduki tempat ke-3 dan ke-4. Semoga kita dapat bersua di tahun 2021,Insha Allah.