Naufal Zulfikar akan menghadiri satu sesi pemilihan pemain di bawah Akademi Tunas Johor(ATJ) pada 29 Ogos 2020 di Padang Latihan Bolasepak JDT Taman Mawar.

Beliau yang berusia 11 tahun sememangnya berbakat besar dan antara pemain yang konsisten dan rajin dalam latihan. Pencapaian beliau bersama ATJ juga cukup baik di dalam saingan timbang bola Yakult baru-baru ini.

Semoga beliau diberikan peluang dan ruang yang sesuai bagi memperlihatkan bakatnya. Pada 2019,terdapat 3 pemain KMFC juga di bawah SKKM hadir sesi pemilihan dan ada yang ke fasa terakhir,namun tidak tersenarai pada akhirnya. Mungkinkah beliau pemain pertama KMFC ke JDT U12? Sama-sama kita doakan!