Setelah tertangguh hampir 4 bulan,Liga Suparimau Pasir Gudang dalam fasa ditentukan sama ada diteruskan dengan format baharu atau restart pada 2021. Liga yang dianjurkan oleh City Junior League ini di lokasi lain telah mendapat keputusan ingin disambung semula.

Namun di Pasir Gudang lain pula ceritanya kerana penganjur sedang menunggu keputusan undian untuk proses seterusnya. Ianya selepas ada beberapa perubahan dijangka berlaku seperti tiada slot ke Liga Suparimau Kebangsaan dan hanya akan berlangsung satu pusingan dengan berbaki 7 perlawanan sahaja lagi.

Terdapat kebaikan dan keburukan untuk kedua-dua pilihan yang dimiliki. Jika disambung,peluang untuk pemain berusia 12 tahun bermain sebuah liga bolasepak cerah selepas kebanyakan liga utama dibatalkan. Selain itu,jika disambung pemain berusia 11 tahun mampu memperolehi pengalaman berharga untuk persiapan 2021.

Keburukannya pula adalah agak sukar untuk mengawal kehadiran ibu-bapa yang mana syarat utama liga tidak membenarkan kehadiran penyokong. Selain itu kanak-kanak adalah antara golongan mudah terdedah dengan risiko dijangkiti jika ada pemain bergejala.

Kebaikan liga disambung semula pada 2021 adalah kebanyakan pasukan mampu melakukan persiapan lebih rapi. Namun harus diingat wabak Covid19 sesuatu yang belum pulih sepenuhnya. Kita tidak pasti sama ada 2021 adakah kita masih di fasa PKPP?

Keputusan sukar ini haruslah diberikan kata putus sekurang-kurangnya hujung bulan Julai ini supaya pengurusan kelab mampu mengatur strategi sesuai sama ada liga disambung 2020 atau dimainkan semula pada 2021. Semoga dipermudahkan urusan semua pihak dalam Liga Suparimau Pasir Gudang.