Piala Dunia 1974 di Jerman Barat merupakan edisi Piala Dunia pertama yang dijadikan pertaruhan untuk layak oleh Malaysia. Berkemungkinan besar keputusan untuk menyertai pusingan kelayakan dan mencuba nasib layak ke Piala Dunia 1974 diuat selepas Malaysia berjaya layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich,Jerman Barat.

Di Asia turut serta bersama Malaysia mencuba nasib kali pertama adalah Hong Kong,Iran, Iraq, Kuwait, Thailand dan Vietnam Selatan. Semasa itu negara Arab lain seperti Arab Saudi,Qatar dan Emiriah Arab Bersatu tidak menunjukkan minat menyertai Piala Dunia.

Malaysia diundi menentang Hong Kong dalam satu perlawanan klasfikasi untuk Zon A yang mana Malaysia terpaksa akur tewas tipis 0-1. Akibat tewas Malaysia dimasukkan ke dalam Kumpulan B pusingan kelayakan bersama-sama Korea Selatan,Israel dan Thailand.

Harimau Malaya dibarisi veteran kempen Olimpik 1972 seperti Namat Abdullah,Mohamed Chandran,Mohammed Bakar,Wan Zawawi dan Soh Chin Aun. Manakala barisan baru terdiri daripada kempen Kejohanan Remaja AFC 1973 di Iran seperti Mokhar Dahari dan R Arumugam.

19 Mei 1973 di Seoul ini,Malaysia dibenam pada perlawanan pertama menentang Israel yang diberi gelaran THE BLUE AND WHITES. Gol dijaringkan oleh Zvi Farkash,Itzhak Shum dan pemain simpanan Moshe Onena. Barisan Israel ini dikendalikan oleh jurulatih bernama Edmond Schimilovitz.

Dalam video KMFC TV bertajuk (Misi Malaysia Piala Dunia 1974) ada diulas mengenai pertikaian penggunaan R Arumugam yang baru berusia 20 tahun ketika itu berbanding Chow Chee Keong, Saksikan di saluran KMFC TV.

Pada 21 Mei,Malaysia bertemu Korea Selatan yang ketika itu memegang reputasi sebagai Naib Juara Piala Asia 1972. Perlawanan ini juga menjadi medan pertempuran buat Cha Bum-KUN yang baru berusia 20 tahun dan juga Mokhtar Dahari yang bakal meneruskan perseteruan mereka berdua selama 10 tahun lamanya selepas ini.

Malaysia hanya sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan sekaligus menyukarkan peluang melangkah ke pusingan seterusnya. Ini kerana Korea Selatan sebelum ini telah menewaskan Thailand 4-0 mengutip 3 mata penuh dan Israel pula selesa dengan 4 mata selepas membelasah Thailand 6-0.

Perlawanan akhir Malaysia bertemu pada 23 Mei 1974 menyaksikan Malaysia menang 2-0 namun tidak memberikan sebarang makna selepas Israel dan Korea Selatan bermain untuk seri bagi memastikan kedua-dua mereka layak ke peringkat seterusnya.

Begitulah kisah Malaysia dalam percubaan kali pertama dalam Piala Dunia. Menarik bukan? Anda perlu membaca dan melihat video kisah ini di semua platform KMFC. Terima kasih kerana sudi mejadi pembaca dan penonton KMFC selama ini. Nantikan video dan artikel misi-misi seterusnya.