Tajuk kali ini agak kontroversi sebab tiada pasukan yang ingin kekalahan. Seri sekurang-kurangnya sudah memadai. 

Kisah ini adalah mengenai 3 orang pemain yang sekarang sudah bermain di SMK PG yang mana sebuah sekolah yang mengumpulkan bakat-bakat bolasepak terbaik sekitar Pasir Gudang.

Kisah ini diambil sebagai inspirasi walaupun ada kisah-kisah lain melibatkan pemain kategori bawah 8,10 dan tidak terkecuali 6 tahun.

Pada 2018,saya seorang daripada AJK DCL. Kerana mahu mencukupkan pasukan demi sebuah liga kompetitif di Johor,kesemua 4 pengasas menghantar pasukan yang mana KMFC tidak terkecuali meskipun belum mencapai tahap untuk mebyertai sebuah kejohanan.

Untuk kejohanan DCL itu,KMFC menduduki kedudukan terakhir dengan sekadar mencatat 1 kemenangan dan dibolosi banyak gol.

Kategori Bawah 14 tahun tetapi hanya ada 1 orang pemain 14 tahun tetapi baki pemain berusia 13 tahun dan seorang berusia 12 tahun.

Hanya pada perlawanan ketiga KMFC menggunakan 4 orang khidmat pemain daripada DTC KULAI bagi memastikan KMFC tidak menjadi “lauk”.

AMER

Walaupun ketika itu beliau masih 12 tahun,namun dilihat mempunyai potensi yang sangat baik untuk diketengahkan.

Beliau dibawa menyertai pasukan namun hanya waktu-waktu sesuai sahaja akan menggunakan khidmat beliau seperti terdapat kecederaan pemain,sedang mendahului dan sebagainya. Alhamdulillah,ketika usia 13 tahun beliau menyertai SMK PG.

AMAR

Untuk Amar pula beliau adalah seorang pemain yang kurang berkeyakinan. Sering meletakkan diri dia sendiri sebagai pilihan kedua.

Kerana melihat sesuatu dalam dirinya. Ketika perlawanan menentang SMK PG melakukan banyak aksi menyelamatkan gawang yang cukup menarik dengan refleks hanya mampu menang 5-1 sekali gus menarik perhatian pihak kejurulatihan SMK PG.

AFIQ

Pada perlawanan yang sama juga. Afiq yang sememangnya sudah bersekolah dan bermain dengan SMK PG. Namun beliau tidak tersenarai dalam kejohanan tersebut.

Afiq bermain untuk KMFC untuk menimba ilmu dan pengalaman berharga. Pada 2018 beliau berjaya mewakili SMK PG bagi DCL 2019 meskipun KMFC tidak menghantar pasukan pada tahun itu.

Inilah yang dinamakan “Mencari Bakat Dengan Kekalahan” yang sudah mencungkil bakat yang semakin hari semakin dipandang hebat oleh penggiat bolasepak akar umbi.

Saksikan video di channel Youtube KMFC TV di pautan ini:

Terima kasih semua. Jumpa lagi dengn kisah-kisah menarik.