DCL NATION CUP menjadi sebuah kejohanan yang baik apabila berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 4 pasukan perempuan bawah 12 tahun.

Pasukan berikut adalah

  1. SMFC GIRLS
  2. EQ RICH GIRLS
  3. SRI STULANG GIRLS
  4. KMFC GIRLS

Kebanyakan pasukan ini baru ditubuhkan namun menunjukkan prestasi yang baik. Mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh.

Apabila lebih banyak pasukan wujud,ini mewujudkan pool player yang lebih besar dan akan memberikan kesan positif kepada bolasepak wanita di Johor.

2020 akan menjanjikan kejohanan yang melibatkan pasukan wanita lebih banyak. Ini seiring dengan kadar pertumbuhan pasukan yang semakin positif.

Pada DCL NATION CUP kali ini,format diperkenalkan adalah HOME & AWAY ROUND ROBIN. Ini bermakna mereka bermain mementang 3 pasukan yang sama sebanyak 2 kali bersamaan dengan 6 perlawanan.

Juara dan Naib Juara akan bertemu di Final manakala Ketiga dan Keempat akan bertemu di 3rd Placing Match. 

Siapakah yang akan memenangi edisi pertama ini? Sama-sama kita nantikan.