Latihan percubaan ini adalah sebahagian daripada cara melihat reaksi dan komen pelatih baharu tentang latihan dijalankan. Berbanding pelatih lama,mereka sudah biasa dengan corak latihan di KMFC.

Seramai 35 pelatih hadir dan 15 orang adalah pelatih baharu berusia 7-11 tahun. Kebanyakan pelatih lama tidak hadir latihan kerana terlibat dengan program sekolah.

Semoga semua yang berminat menyertai KMFC boleh lakukan pendaftaran sepanjang Januari ini dan kita akan mulakan latihan pada Februari ini,Insha Allah.