Di bawah Development Champion League(DCL) akan diadakan sebuah kursus kejurulatihan dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Johor Bahru dan Persatuan Bolasepak Johor yang bertempat di Padang Seri Gelam pada 21&22 Februari 2020.

Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman mengenai falsafah permainan bolasepak akar umbi selain memberikan kefahaman kaedah dan proses kejurulatihan untuk digunakan secara kreatif oleh setiap jurulatih.

Selain itu,kursus ini juga bertujuan untuk merancang,mengatur dan melakukan aktiviti kejurulatihan dan small sided game(SSG) untuk anak-anak.

Kesemua peserta akan menjadi sebahagian daripada ahli kelab jurulatih FAM GRASROOT. Namun semua ini dikhususkan kepada wanita kerana apabila jumlah jurulatih wanita semakin meningkat,ianya akan memperbaiki mutu bolasepak wanita secara tidak lansung.

Sesiapa yang ingin menyertai boleh hubungi Encik Hafiz di talian 017 707 8797 atau ikuti mereka di Facebook Development Champion League. Ayuh daftarkan nama anda sekarang.