Sama kuat dan sama hebat itulah yang boleh disimpulkan bagi kedua-dua perlawanan persahabatan yang berlangsung hari ini disiarkan secara definisi tinggi di halaman Facebook Kelab Bolasepak Kota Masai. Ianya menarik 11 ribu tontonan daripada Facebook dan itu sesuatu yang boleh dibanggakan.

Pada jam 9 pagi,perlawanan seakan-akan diiringi dengan hujan namun hanya beberapa minit sahaja dan cuaca kembali pulih. Perdana United diakui bermain lebih baik daripada pelbagai aspek sama ada bertahan ataupun menyerang. Binaan serangan dilancarkan cukup baik daripada mereka. Hanya penyudah tumpul membezakan keputusan kali ini. Manakala KMFC yang kerap kali melakukan pertukaran adalah bertujuan memberikan sebanyak mungkin peluang dan ruang bagi semua pemain merasakan aura sebuah perlawanan persahabatan. Kehadiran 6 pemain wanita juga menarik perhatian tontonan ramai.

Daripada corak permainan pula,KMFC lebih bergantung kepada beberapa individu yang memiliki kemahiran kawalan bola yang baik. Sesekali membuat serangan balas pantas dan juga dinafikan oleh kecekapan penjaga gol. Namun kredit harus diberikan kepada 2 tunggak pemain pertahanan KMFC yang berjaya menafikan asakan bertali arus PERDANA UNITED yang tidak berputus asa mencari gol pendahuluan. Namun perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Bagi perlawanan bawah 12 tahun pula,sesuatu yang menarik apabila kedua-dua pasukan mempamerkan aksi permainan yang lebih kemas dengan kombinasi hantaran-hantaran pendek dan jauh yang berjaya menyaksikan satu perlawanan yang menghiburkan. SHARK UNITED mendahului pada minit ke-14 permainan menerusi satu sepakan percuma yang gagal dikawal kemas oleh penjaga gol KMFC dan berjaya ditolak masuk selepas hantaran dilakukan oleh pemain lawan.

Namun SHARK UNITED juga tidak terkecuali daripada kesilapan penjaga gol kali ini apabila tangkapan kurang kemas penjaga gol menyebabkan sepakan terus daripada pemain KMFC menerjah masuk ke dalam gawang pasukan lawan. Kedudukan semasa 1-1. Namun lewat separuh masa kedua KMFC berjaya menambah jaringan menerusi satu percubaan tepat yang gagal dikawal kemas oleh penjaga gol gantian KMFC,kedudukan terkini 2-1

Separuh masa kedua pula minit ke 28,satu aksi gerakan solo menarik berjaya dihasilkan dan kedudukan semasa 3-1. Namun SHARK UNITED tidak berputus asa meneruskan usaha menambah jaringan dan akhirnya gol kedua mereka hadir pada 40 menerusi sepakan penalti yang diperolehi selepas bola terkena tangan pemain KMFC. Kedudukan semasa 3-2. Pada minit-minit akhir permainanan KMFC kelihatan sedikit leka dan akhirnya dihukum dengan gol penyamaan pada minit 47 apabila kelalaian barisan pertahanan dihukum dengan gol mudah. Kedudukan masa penuh 3-3.