Pada perlawanan sebelum ini saingan yang baik dipamerkan kedua-dua pasukan pada aksi di Padang Awam Bukit Tiram tersebut. Perlawanan persahabatan itu melibatkan 2 kategori umur iaitu 10 dan 12 tahun.

Namun kini tiba masanya untuk pihak Shark United bertandang ke Padang Bolasepak Jalan Mangga 12. Perlawanan persahabatan tersebut akan dijalankan serentak pada jam 9.30 pagi dengan format 3 set berdurasi 15minit.

Tujuan perlawanan persahabatan ini adalah untuk persiapan FRIENDSHIP CUP menentang SJFC dan juga KMGL yang akan berlangsung pada 2 minggu seterusnya. Diharap semua pemain akan memberikan aksi terbaik untuk dipilih mewakili KMFC di perlawanan yang lebih kompetitif,Insha Allah.