Pada Sabtu ini bertempat di Padang Bolasepak Awam Taman Bukit Tiram akan berlangsungnya perlawanan persahabatan kedua bagi tahun 2020 melibatkan kategori usia 10 dan 12 tahun. Perlawananan ini adalah persiapan sebelum Friendship Cup menentang Southern Junior.

Seekor jerung akan cuba memusnahkan rama-rama dalam perlawanan persahabatan yang pastinya akan menjanjikan perlawanan yang menarik. Perlawanan ini akan melibatkan kategori usia 10 dan 12 tahun yang mana bagi kategori 12 tahun kesemuanya adalah berusia 12 tahun kerana pada masa sama pemain berusia 11 tahun bermain di kejohanan pada masa sama.

Bagi kategori usia 10 tahun pula,ada beberapa kemasukan baru daripada pemain yang terpilih sebelum ini dan ianya adalah medan pemilihan pemain yang sesuai kerana banyak kejohanan akan berlangsung selepas ini. Diharapkan kedua-dua pemain dapat bermain dalam suasa penuh semangat kesukanan dan memperolehi sesuatu positif daripada perlawanan ini.