Mengambil kira pelbagai manfaat untuk pasukan seperti kemudahan memohon Piagam Suparimau,KMFC mengambil langkah proaktif mendaftarkan pasukan dalam kejohanan ini.

Kejohanan ini akan berlangsung selama 9 minggu melibatkan 10 pasukan bagi kedua-dua kategori iaitu 10 dan 12 tahun. Liga ini menggunakan format liga sebanyak 18 perlawanan iaitu 9 perlawanan tuan rumah dan 9 perlawanan tempat lawan.

Selain itu,liga ini akan berlangsung dengan durasi 15-2-15 dan undang-undang off-side hanya terpakai bagi kategori 12 tahun sahaja. Liga ini juga membenarkan pasukan mendaftar minumum 18 pemain dan maksimum 25 pemain.

Selain itu,kebanyakan format pertandingan menggunakan FAM LIGA SUPARIMAU yang pernah dikeluarkan untuk selaras dengan DNA Bolasepak Malaysia yang dikeluarkan FAM baru-baru ini.

Semoga dengan penyertaan ini akan membantu kebanyakan pasukan di Johor supaya lebih sistematik dan terurus ke arah mendapatkan Piagam Suparimau,Insha Allah