Kejohanan pertama bagi tahun 2020 dimulakan dengan langkah kanan apabila layak ke peringkat akhir namun hanya sekadar menjadi Naib Juara. Ianya tetap satu pencapaian terbaik kerana sasaran sekadar layak ke Akhir sahaja.

KMFC mara selaku Naib Juara Kumpulan B dengan keputusan berikut:

 

Satu pencapaian yang terbaik apabila memenangi 4 daripada 7 perlawanan dan 3 perlawanan berakhir keputusan seri.

Barisan pertahanan menunjukkan prestasi terbaik apabila sekadar dibolosi 1 kali. Namun KMFC harus memperbaiki aspek serangan walaupun menjaringkan 8 gol,masih ada ruang untuk diperbaiki.

Pada peringkat separuh akhir,KMFC layak apabila menewaskan SKDZSA FC dengan keputusan 1-0. Namun tidak bernasib baik ditewaskan CJFC 0-1 pada perlawanan akhir. Mereka melakarkan keputusan seri 0-0 semasa peringkat kumpulan.

Berikut adalah penjaring bagi KMFC:

Farish-3 gol

Mukhriz-2 gol

Engku-2 gol

Aqil-1 gol

Naufal-1 gol

Satu pencapaian terbaik bagi semua pemain yang menunjukkan aksi bertenaga sepanjang kejohanan. Kredit harus diberikan kepada jurulatih Lokman yang menyusun strategi selama setahun menghasilkan pasukan yang mantap. Tahniah semua!