Pada edisi kali ini,KMFC berjaya menjadi juara tanpa ada sebarang kekalahan dalam kejohanan kali ini. Ianya satu pencapaian terbaik oleh Jurulatih En Mohd Shukor yang sebelum ini mendapat tempat ke-4 kejohanan anjuran Ram Brothers.

Pada kejohanan kali ini,mereka hanya dibolosi 1 jaringan dan telah menjaringkan jumlah gol yang baik. Selain itu prestasi mereka sangat membanggakan kerana lebih banyak mendengar arahan dan lebih berdisiplin.

Dengan izin Allah,baju jersi Away tajaan SPD BRAND telah membawa aura kemenangan kepada KMFC.

Tahniah kepada semua pemain,jurulatih dan ibu-bapa yang terlibat hari ini dalam memperolehi kedudukan Juara buat kali pertama bagi tahun 2019.