Kejayaan dan kegagalan adalah satu perkara yang akan selalu dihadapi dalam bolasepak. Apa yang penting adalah belajar daripada kesilapan. Pasukan yang diterajui oleh Jurulatih En Lokman Othman telah berjaya mencatatkan keputusan yang baik apabila menduduki tempat ke-4.

Pada edisi kejohanam sebelum ini anjuran Ram Brothers mereka terkandas di peringkat suku akhir dan berjaya menebus pencapaian kali ini. Di kejohanan kali ini mereka tewas 2 kali.

Terima kasih juga diucapkan kepada penaja kami iaitu Passionate Healthcare & Wellcare yang selama ini banyak membantu kemenjadian pasukan. Kemenangan ini dihadiah dan dituju khas kepada mereka.

Terima kasih juga kepada pemain, ibu-bapa,jurulatih dan semua terlibat,tanpa anda siapalah KMFC di waktu ini.