Menyedari seringkali dipandang sepi mengenai akar umbi,KMFC mengorak langkah seperti yang biasa dilakukan iaitu menarik perhatian lebih ramai pihak supaya mengalihkan tumpuan dan fokus kepada akar umbi berbanding bolasepak senior. Ini kerana akar umbi memerlukan lebih banyak peruntukan dan bantuan kewangan kerana kebanyakan program melibatkan kos yang tinggi dan kesannya akan memberi impak positif kepada pembangunan bolasepak negara.

Baru-baru ini KMFC berjaya membuat satu siaran langsung berdefinisi tinggi menentang 2 pasukan iaitu Perdana United dan Shark United. Siaran langsung tersebut menerima sebanyak 13ribu tontonan dan mencapai sebanyak 39 ribu orang dengan jumlah keseluruhan 17040 minit tontonan dan angka ini semakin meningkat setiap hari. Siaran langsung ini juga menerima 509 tanda suka yang datang daripada 91 perkongsian kesemuanya.

Angka ini adalah sesuatu yang sangat baik bagi sebuah halaman facebook bagi kategori akar umbi malahan sebuah kelab bolasepak semi-profesional juga sukar dilihat menjalankan siaran langsung di halaman masing-masing. Ini adalah sesuatu yang baik juga bagi prospek penaja sama ada daripada syarikat swasta,NGO dan individu yang berminat dalam menjadi penaja KMFC bagi tahun 2020/2021.

Diharap suatu hari nanti,lebih ramai pihak akan hadir memberikan bantuan dan sokongan terhadap akar umbi di seluruh Malaysia. KMFC hanya melakukan sesuatu yang terdaya untuk menarik perhatian supaya lebih tertumpu kepada akar umbi. Kita juga menyasarkan pada masa akan datang sekurang-kurangnya satu siaran langsung akan dilakukan pada setiap bulan. Doakan yang terbaik untuk kami!