KMFC mengekalkan momentum kemenangan ke-5 mereka setelah bejaya menewaskan IEDT dengan keputusan KMFC (5)-(0) IEDT. Perlawanan ini dilangsungkan dengan format masa permainan 20 minit untuk setiap set dan rehat selama 5 minit selain daripada menggunakan saiz padang dan tiang gol dewasa. Peraturan off-side juga diguna pakai dalam perlawanan ini.

Tujuan perlawanan persahabatan ini dijalankan adalah mencari kesefahaman rakan sepasukan bawah 13 tahun yang dimasukkan untuk persediaan menentang JDT nanti disamping bertujuan untuk menguji posisi yang sesuai untuk semua pemain. Terdapat impak positif ditonjolkan selepas latihan kecergasan pada sesi Rabu malam yang diadakan di Bukit Layang-Layang baru-baru ini. Latihan malam ini akan dijalankan lagi untuk menambah kualiti kecergasan pemain.

Corak permainan yang lebih tersusun dan menarik ditonjolkan oleh pemain pertahanan berbanding barisan pemain tengah yang kerapkali kehilangan bola. Meskipun begitu kualiti percubaan jarak jauh pemain KMFC telah menyelamatkan KMFC. Aspek kualiti hantaran jauh mencari pemain di dalam kawasan zon 14 pasukan lawan perlu diperbaiki. Satu kerugian juga apabila pemain gagal memanfaatkan peluang sepakan percuma di luar kotak penalti yang kebiasaannya menjadi sumber cetakan gol pemain KMFC.

Berkemungkinan perlawanan persahabatan akan diaturkan pada Jumaat atau Sabtu untuk menguji sekali lagi pemain dan memperbaiki corak permainan KMFC untuk menentang pasukan lawan yang lebih sukar. Doakan kejayaan KMFC,Insha Allah!