Pada Sabtu ini akan berlangsungnya perlawanan persahabatan pertama KMFC GIRLS menentang SMFC GIRLS yang berlangsung di Padang Bolaasepak Jalan Mangga 12.

Perlawanan ini adalah bagi persiapan SMFC GIRLS mempersiapkan diri dalam kejohanan Nation Cup anjuran DCL. Kejohanan ini berformat 5 sebelah bertujuan mencungkil bakat bolasepak wanita yang sebenarnya banyak tapi tiada usaha untuk mempergiatkannya.

KMFC GIRLS pula sebenarnya masih mencari rentak permainan dan juga pemain yang berkebolehan mencabar kejuaraan. Kebanyakan pemain berusia di bawah 11 tahun,masih banyak masa untuk diperbaiki.

Semoga perlawanan persahabatan ini akan menyaksikan aksi yang baik oleh kedua-dua pasukan dan seterusnya menjadi medan untuk mereka menimba ilmu daripada pengalaman.Ayuh penuhkan padang.