Perlawanan persahabatan yang berlangsung di Jalan Mangga 12 ini mempamerkan satu aksi yang menyeronokkan. Bermain dalam durasi 15 sebanyak 3 separuh masa sangat baik untuk menjadi medan menguji kemampuan semua pemain.

KMFC bermula garang apabila menjaringkan gol awal dan mendahului 1-0. Selepas itu perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan.

SMFC GIRLS lebih baik daripada aspek kemahiran asas seperti striking the ball,first touch manakala KMFC GIRLS lebih direct play.

Separuh masa kedua kelihatan SMFC GIRLS mendominasi permainan dengan gabungan hantaran pendek yang menarik. Cubaan mereka digagalkan oleh kecekapan penjaga gol KMFC GIRLS yang beberapa kali melalukan stoppage yang hebat.

Akhirnya SMFC GIRLS menjaringkan gol 1-1. Stamina mereka lebih baik. Jadi separuh masa kedua dikuasai mereka dan berjaya menjaringkan gol kedua hasil kesilapan tangkapan penjaga gol,keputusan 2-1.

Separuh masa ketiga pula permainan SMFC GIRLS semakin baik. Tapi beberapa percubaan one vs one gagal disempurnakan selain beberapa percubaan menerjah jaring. Tetapi kealpaan pasukan SMFC GIRLS memberi peluang kepada KMFC GIRLS. Akhirnya 2-2. Kedudukan kekal sehingga tiupan wisel penamat.

Sebuah perlawanan yang baik bagi menguji kemampuan semua pelatih yang sudah berlatih dalam tempoh lama. Semoga lebij baik di masa akan datang