Perlawanan pertama Liga Divisyen 2 JBFA berlangsung di Padang MPPG 5.15 petang dengan keadaan cuaca yang sedikit lembap namun masih sesuai bermain bolasepak.

10 minit pertama permainan sangat menarik untuk disaksikan apabila terdapat hampir 5 percubaan yang sepatutnya menghasilkan gol. Percubaan tepat dan tidak tepat itu kebanyakannya berlaku di dalam kotak penalti.

Pasukan lawan kelihatan sukar untuk melepasi barisan pertahanan pasukan. Permainan yang sangat lancar bertukar-tukar hantaran di seluruh kawasan padang menyukarkan lagi pasukan lawan.

Kebanyakan gerakan menggunakan kedua-dua bahagian sayap kiri dan kanan yang laju mengatasi pertahanan kiri dan kanan pasukan lawan. Beberapa hantaran silang baik mencari target man kelihatan berjaya mengkucar-kacirkan pasukan tetapi aksi tumpul di hadapan tiang gol menjadi pemisah gol awal.

Nasib baik ianya dapat diselesaikan dengan segera apabila pasukan dapat menghasilkan 2 gol di separuh masa pertama selepas diperbaiki dengan segera.Jaringan dihasilkan oleh pemain 11 Rashidde dan 15 Amirul.Beberapa kecederaan juga menghantui pasukan apabila terdapat kecederaan berlaku di hujung separuh masa pertama.

Kesilapan mereka di separuh masa pertama telah diterangkan oleh ketua jurulatih Encik Shukor semasa waktu rehat. Pasukan bersemangat untuk meneruskan perlawanan separuh masa kedua.

Corak permainan semakin baik dengan aksi gabungan hantaran pendek dan jauh digunakan disamping binaan serangan daripada bawah yang cukup sempurna.

Cuma terdapat beberapa kesilapan mudah dilakukan yang sepatutnya dielakkan yang menjurus kepada kad kuning. Ianya sedikit merugikan pasukan. Serangan demi serangan dilakukan menjadikan penjaga gol lawan bekerja keras menjaga gawang beliau. Kredit juga harus diberikan kepada penjaga gol lawan yang beberapa kali mempamerkan aksi memukau penonton.

Pemain 20 Faidhi dan 11 Rashidde berjaya menjaringkan 1 gol masing yang membawa keputusan kepada 4-0 masa penuh. Kesemua pemain simpanan dapat merasai minit permainan apabila Encik Shukor memutuskan untuk menggunakan semua tenaga yang ada.

Apa-apa pun ucapan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perlawanan petang tadi. Diharapkan momentum ini dapat diteruskan pada perlawanan seterusnya,Insha Allah.