KMFC adalah sebuah kelab berpengkalan di Kota Masai yang mempunyai piagam suparimau kategori gangsa manakala Akademi JDT pula sebuah kelab ternama di Malaysia yang mempunyai pengiktirafan piagam suparimau kategori emas pertam di Malaysia. Satu perbezaan jurang yang besar daripada segi pengurusan dan kualiti permainan.

Pada tahun sebelum ini,KMFC pernah mengadakan perlawanan persahabatan menentang JDT dan keputusannya tidak seperti yang diharapkan. KMFC pernah tewas 12-2 dan 10-0 pada 2 tahun berturut-turut meskipun memiliki kesebelasan pemain terbaik ketika itu. Namun perkara ini ingin diperbaiki pada tahun 2020 dengan meletakkan persiapan hampir sebulan dengan menentang pasukan berusia 13 tahun bagi memberikan gambaran jelas kualiti permainan sebelum menentang JDT.

Selepas sahaja bolasepak dibenarkan disambung semula,KMFC terus berusaha mengatur beberapa siri perlawanan persahabatan menguji skuad bawah 12 tahun dnga keputusan seperti berikut:

  • *KMFC (12)-(2)KIFC
  • *KMFC (12)-(3)AT JB U12
  • KMFC (1)-(0) EX KMFC U13
  • KMFC (1)-(0) GPFC
  • KMFC (1)-(1) AT JB U11
  • KMFC (3)-(3) SHARK UNITED
  • KMFC (12)-(3) PSS

* Perlawanan melibatkan campuran 3 orang pemain berusia 13 tahun

Melihat momentum rentak kemenangan dan juga tiada kekalahan ini memberikan satu petanda positif namun kerja keras tetap perlu dilakukan sebelum sisi perlawanan menentang pasukan bawah 13 tahun ini akan dijalankan keranan ianya satu perlawanan berbeza daripada pelbagai aspek seperti saiz padang,saiz tiang gol dan juga undang-undang permainan. Nescaya pemain mmerlukan masa untuk membiasakan diri dengan permainan seramai 11 orang dan gandingan 4 bekas pemain bawah 12 tahun KMFC akan membantu pasukan memberikan saingan sengit.

NFDP PLD JB antara pasukan yang telah mengesahkan perlawanan  persahabatan yang akan diadakan pada 16 September di Padang Marin JB pada 4.15petang ini sebelum minggu seterusnya juga diaturkan satu perlawanan persahabatan menentang SMK NUSA DAMAI U13 sekiranya semuanya berjalan lancar. Perlawanan terakhir sebelum menentang JDT pula sedang diusahakan pada sebelah pagi bagi memberikan pengalaman main pada waktu yang hampir semasa perlawanan mementang JDT.

Sasaran utama dalam 3 siri perlawanan persahabatan ini adalah untuk dikalahkan melebihi 3 jaringan memandangkan terdapat juga beberapa pemain 11 tahun disenaraikan dalam perlawanan ini. Kemenangan adalah bonus kepada pasukan KMFC. Matlamat utama adalah menguji kesebelasan utama dan memberikan pengalaman bermain menentang pasukan yang mempunyai taraf permainan sekurang-kurangnya 70 % hampir menyamai JDT supaya pada 7 November nanti satu perlawanan menarik akan dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan,Insha Allah.