Pada sebuah program yang diberikan nama Malaysia Football DNA Roadshow Southern Zone yang dijalankan di Hotel Thistle har ini,KMFC adalah di antara 34 kelab di dalam Malaysia yang terawal mendapatkan pengiktirafan dan 5 terawal di dalam negeri Johor. Itu adalah satu pencapaian terbaik sepanjang hampir 3 tahun KMFC ditubuhkan. Satu lagi milestone terbaru KMFC yang diperolehi KMFC demi memartabatkan pembangunan bolasepak akar umbi di Johor.

Selain itu,rakan-rakan kelab bolasepak akar umbi yang turut tersenarai di dalam Johor adalah

  • BARSA
  • HARIMAU NUSA FOOTBALL CLUB
  • EQ RICH FOOBALL CLUB
  • TEEN WOLF FA

5 pasukan yang tersenarai ini terdiri daripada 2 pasukan bolasepak sekolah kebangsaan dan 3 kelab bolasepak akar umbi komuniti. BARSA bertapak di SK Sri Alam manakala HARIMAU NUSA FC(HNFC) berpangkalan di SK Nusa Damai. EQ Rich Football Club pula berpangkalan di Taman Sri Pulai,Skudai dan TeenWolf FA di Segamat. Satu usaha terbaik apabila Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menduduki kedua bersama apabila mempunyai 5 program berdaftar dengan  Piagam Suparimau Gangsa selepas Selangor yang mempunyai 16 program berdaftar.

Ini membuktikan KMFC mempunyai visi dan misi yang sangat jelas dalam bagaimana ingin membangunkan kelab ke tahap tertinggi. Persaingan di dalam padang daripada segi corak permainan mungkin sesuatu yang mudah diterjemahkan namun persaingan secara pengurusan sesuatu yang memerlukan masa dan dedikasi yang tinggi. Syukur kesemuanya dipermudahkan urusan meskipun pada awalnya terdapat beberapa permasalahan berlaku semasa proses pendaftaran dilakukan.

Diharap selepas mendapat pengiktirafan ini,Persatuan Bolasepak Johor (PBNJ) atau Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) membuka mata tentang perjuangan selama ini kelab bolasepak akar umbi membantu pembangunan bolasepak dalam melahirkan bakat-bakat dalam Johor. Semoga ada sinar sumbangan bola jenama Nike pada tahun hadapan,Insha Allah!