Covid-19 adalah sebuah virus yang telah memberhentikan kebanyakan liga bolasepak di seluruh dunia. KMFC tidak terkecuali terkesan apabila tiada latihan dan liga berlangsung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Liga Suparimau Pasir Gudang terpaksa menunda minggu kedua yang mana melibatkan perlawanan ketiga dan keempat. Ianya melibatkan perlawanan menentang Crytsal Junior dan juga Austin Cobra.

Selain itu,menerusi Kenyataan Media dikeluarkan KMFC,ianya juga menjadikan Latihan 5 terpaksa dibatalkan. Ianya berkemungkinan melibatkan Latihan 6 dan 7 jika penularan wabak semakin meruncing.

Selain itu pembuatan kabin pejabat serta jersi baru KMFC juga akan tergendala. Sedikit sebanyak telah menganggu perjalanan program sepanjang tahun 2020.

Kita semua mampu menjalankan tanggungjawab masing-masing supaya wabak ini dapat berakhir secepat mungkin. Ikuti segala arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan disamping mengamalkan amalan kebersihan diri yang baik.

Duduk di rumah diam-diam adalah perkara yang kita boleh lakukan bersama. Hentikan segala aktiviti anda dan hanya keluar untuk membeli barangan keperluan sahaja.

Jangan bermain bolasepak meskipun di taman permainan atau beriadah. Ianya bukan waktunya yang sesuai. Jika anda berdegil,tidak mustahil anda akan menunggu lebih lama untuk mula menyepak bola.Ayuh,laksanakan tanggungjawab kita.