Sejak daripada awal penubuhan KMFC,aspek media terutamanya fotografi sering dititikberatkan. Malahan hampir di setiap perlawanan persahabatan atau kejohanan akan digunakan khidmat jurugambar untuk mengambil gambar untuk di muatnaik di dalam halaman FB KELAB BOLASEPAK KOTA MASAI.

Dee Tampasak bukannya asing dalam bidang fotografi sukan terutamanya dalam daerah Johor Bahru. Gambar berkualiti tinggi dan juga seorang yang peramah beliau mudah didekati oleh banyak pasukan sama seperti rakan-rakan seperjuangan mereka seperti Hairi Kecik,Hazri Sharani dan Amin Zed. Kelibat mereka di padang bolasepak sekitar daerah Johor Bahru seringkali dilihatjika terdapat perlawanan persahabatan ataupun kejohanan tidak mengira pasukan.

Pada perlawanan persahabatan KMFC VS PERDANA UNITED(BAWAH 10) dan KMFC VS SHARK UNITED (BAWAH 12) akan menggunakan khifmat Dee Tampasak selama 2 jam mulai 9pagi sehingga 11 pagi. Diharap ianya akan menjadi kenangan terindah kerana perlawanan persahabatan ini akan tercatat dalam sebuah sejarah kerana akan disiarkan Secara Langsung dalam definisi tinggi sebagaimana yang pernah digunakan oleh PJ CITY FC dan KELANTAN UNITED.

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi The Sport Photohunterz di halaman FB mereka.

IKUTI MEREKA DI FB