Selepas kita melepasi fasa 1 tempoh PKP iaitu 18-31 MAC,kini semua rakyat Malaysia sedang mengharungi fasa 2 tempoh PKP iaitu pada 1-14 APRIL. Tempoh ini bukanlah tetap kerana bergantung kepada kadar pematuhan rakyat Malaysia serta beberapa keadaan lain.

Jika ianya terpaksa dilanjutkan lagi tidak kira berapa hari sekalipun ianya akan mengganggu begitu banyak perancangan kelab yang selama ini telah disusun rapi, Ianya bukanlah bertujuan meletakkan kesalahan terhadap mana-mana pihak namun sekadar berkongsi kesannya terhadap pihak yang berkepentingan.

Paling terkesan adalah jadual aktiviti KMFC 2020 yang mana telah dirancang bersesuaian dengan sumber kewangan serta jadual jurulatih. Paling terkesan adalah kalendar kejohanan yang padat sama ada Liga Suparimau Pasir Gudang mahupun Futsal Hidup Bola yang akan berlangsung pada Julai.

Pelancaran jersi baharu juga terbantut kerana wabak COVD-19. Gotong-royong perdana serta majlis perasmian kabin pejabat KMFC juga menerima kesan. Namun ianya bukanlah satu permasalahan yang besar berbanding dengan situasi yang semakin meruncing ini.

Setakat ini,Malaysia sudah mencatatkan 50 kematian yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 3116 kes setakat 2 APRIL. Wabak ini juga semakin membimbangkan di seluruh dunia yang mana telah mencatatkan sebanyak 42 109 kes di seluruh dunia.

Justeru itu,KMFC ingin mengajak semua penggiat bolasepak di seluruh Malaysia melaksanakan tanggungajawab masing-masing yang mudah iaitu STAY AT HOME  kerana ianya bukanlah memerlukan wang ringgit mahupun kepintaran atau tenaga. Anda hanya perlu DUDUK RUMAH dan lakukan aktiviti-aktiviti di rumah seperti latihan kawalan bola,latihan fizikal serta belajar sesuatu baru di Youtube.

Jika anda tidak mahu terus “dikurung” tanpa dapat bertemu rakan sepermainan ataupun melepaskan rindu aksi melatih bolasepak di padang,KMFC merayu untuk patuh pada arahan kerajaan ini. Tolong bagi kerjasama anda semua supaya wabak ini dapat ditangani dengan sebaiknya.