Meskipun satu keputusan yang sukar untuk diumumkan namun KMFC mengambil pendekatan langkah berjaga-jaga apabila memberhentikan semua aktiviti berkaitan bolasepak berkuatkuasa 4 November 2020(hari in) sehingga ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Ini terpaksa dilakukan apabila berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19 serta arahan penutupan sementara sekolah di daerah Johor Bahru yang mana melibatkan PPD Pasir Gudang.

Selain itu juga,KMFC melihat latihan sekiranya dapat dilakukan juga tidak memberikan sebarang makna apabila tiada perlawanan persahabatan mahupun kejohanan dalam tempoh masa terdekat. Paling terkesan adalah persiapan menentang JDT U12 yang juga terpaksa dibatalkan meskipun persiapan rapi sebanyak 10 perlawanan setiap minggu dengan kekerapan latiha dilaksanakan.

KMFC sentiasa mengutamakan keselamatan pemain dan justeru itu keputusan ini terpaksa diambil. Namun,sekiranya keadaan semakin terkawal latihan akan disambung semula dan segala perancangan dan persiapan akan diteruskan mengikut keadaan semasa dan sambil mematuhi SOP yang diperkenalkan oleh MKN dan KKM. Ayuh kita berdoa agar pandemik Covid-19 ini semakin pulih dan supaya bolasepak boleh dinikmati dengan lebih menarik di masa hadapan,Insha Allah.