Gambar ini diambil daripada aktiviti yang dijalankan pada 26 May 2018 kira-kira 1 tahun 8 bulan yang lalu di Pasar Malam Jalan Tembikai. Anak-anak KMFC dilatih berhadapan dengan orang ramai memberikan kurma Mariami kepada pengunjung pasar malam dan pasar ramadhan.

Namun begitu,Sabtu ini di lokasi dan tempat yang sama hanya Encik Azreen berseorangan akan mengedarkan flyers mengenai KMFC di sana. Ianya adalah untuk tujuan mengajak lebih ramai penduduk Kota Masai berusia 7-12 tahun menyertai KMFC.

Sasaran pada 2020 adalah untuk memiliki sekurang-kurangnya seramai 80 orang pelatih keseluruhannya yang mana akan membantu lebih banyak pilihan pemain berbakat dan berpotensi untuk bersama-sama mengharumkan Kota Masai di mata penduduk Johor.

Jadi kalau terjumpa Encik Azreen mengedarkan flyers jangan malu dan segan untuk ambil kerana ianya untuk anak-anak anda bermain bolasepak. Jumpa anda di sana daripada jam 5.30 petang sehingga 6.30 petang,Insha Allah.