Perlawanan timbal balik di Padang Bolasepak Jalan Mangga 12 kali ini seimbang apabila kedua-dua pasukan mencatatkan kemenangan salah satu daripada 2 kategori yang berlangsung.

Perlawanan dijalankan dalam format 15minit sebanyak 3 set. Menggunakan saiz padang 50 X 60M dan sain tiang gol 6kaki X 12kaki sama dengan format yang akan digunakan dalam kejohanan KMGL.

Beberapa pemain sudah mendapat penampilan pertama mereka. Tidak ketinggalan juga pemain lama yang bermain dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan menarik dipamerkan oleh kedua-dua pasukan berbalas serangan. Beberapa percubaan dapat diselamatkan penjaga gol kedua-dua pasukan memeriahkan suasana padang.

Kedua-dua pasukan dalam persiapan rapi menghadapi Liga Suparimau dan juga beberapa kejohanan luar dalam masa terdekat. Kelihatan jerung dan rama-rama yang simbolik kedua-dua pasukan itu sama kuat. Jumpa lagi kita di perlawanan akan datang. Kita bersaudara sahabat!