KMFC-FRENZ PG sudah berkira-kira untuk mencuri perhatian ramai pihak apabila mempersiapkan pasukan lebih gigih sama ada daripada bentuk latihan dan aspek lain seperti jersi.

Tampil dengan 2 warna berbeza iaitu Oren dan Hitam sesuai dengan warna teras dalam logo FRENZ PG FC. Jersi tuan rumah berwarna oren manakala jersi pelawat berwarna hitam.

Selain itu pasukan juga memiliki set latihan tanpa lengan berwarna biru gelap dan set jersi perlawanan persahabatan berwarna putih/hijau.

Diharapkan dengan kelengkapan jersi sebegini dapat membawa aura positif kepada pasukan di dalam dan luar padang.