Ianya OK jika anda menjadi sesuatu yang jarang berlaku. Jangan malu atau takut. Seperti mana yang KMFC lakukan,teruskan mencari dan mencipta kelainan dan keunikan demi mempromosikan KMFC di mata penggiat bolasepak akar umbi seluruh Malaysia.

Siaran langsung yang bakal disiarkan pada 26 September ini adalah sesuatu yang baru dilakukan di Johor melibatkan bolasepak akar umbi. Sesuatu yang melibatkan kos yang tinggi namun tujuannya adalah mengajak masyarakat bolasepak di luar sana memberikan sedikit tumpuan kepada akar umbi yang seringkali dipandang sepi saban hari oleh pihak-pihak berkepentingan.

Mewujudkan pasukan wanita akar umbi pertama di Johor juga tiada masalah bagi KMFC Girls yang pencapaian terbaik adalah semasa kejohanan Allianz ERTPR dan DCL Nation Cup. Selain mempunyai visi dan misi yang tinggi namun masih di aras realistik dan logik untuk dicapai.

Semoga kita semakin maju dengan idea yang kreatif dan kritis di masa hadapan supaya kita mampu berdaya saing untuk menjadi kuasa bolasepak suatu hari nanti,Insha Allah!