Menubuhkan sesebuah kelab bolasepak akar umbi seharusnya bermula daripada matlamat melahirkan lebih ramai bakat yang tersembunyi selama ini.

Itulah yang berlaku semasa awal penglibatan Iqbal yang sekarang masih berusia 10 tahun namun sudah mula menempa nama bersama pemain berusia 11 tahun.

Dahulunya ketika beliau berusia 8 tahun lagi sudah didedahkan bermain dalam kejohanan peringkat usia 10 tahun. Dibolosi cukup banyak namun bukan itu menjadi ukurannya.

Beliau berjaya menyelamatkan banyak percubaan dan disitu kelemahan-kelemahan beliau diperbaiki ketika di sesi latihan. Itulah antara penyumbang kepada prestasi beliau sekarang sehingga terpilih menyertai Akademi Tunas Kulai.

Iqbal juga kerap menjalani latihan tambahan di luar waktu latihan bersama bapanya yang kuat menyokong perjalanan beliau sebagai penjaga gol. Inilah yang perlu dilakukan oleh kesemua ibu-bapa pelatih KMFC.

Disini jelas terlihat sebenarnya kita harus sabar dan berusaha ketika sesi latihan dan mengabaikan keputusan kerana ianya adalah sesi pembelajaran terutama bagi fasa umur 7-9 tahun. Biarkan mereka bermain dan belajar sesuatu.

Diharap Iqbal akan semakin maju jaya dalam permainan namun tetap tunduk ke bumi tidak menyombong diri. Jangan cepat puas hati dan sentiasa berikan yang terbaik dan jika ini dilakukan tak mustahil beliau mampu menjadi penjaga gol yang disegani suatu hari nanti,Insha Allah.