Hanya berbaki 9 hari sahaja lagi sebelum kita memasuki tahun 2020. Pelbagai perkara sama ada positif atau negatif menghiasi akar umbi di Johor terutamanya. Beberapa kejohanan berprofil tinggi berjaya dianjurkan dan juga beberapa isu seperti isu rembat pemain menghiasi topik perdebatan di kalangan jurulatih akar umbi.

Di sini saya mengumpulkan beberapa harapan daripada kalangan jurulatih pelbagai kelab dan program. Tujuannya hanyalah mencari kesepakatan apa yang kita boleh rancang di tahun hadapan. Baca setiap cadangan mereka dengan teliti:

Afiq-Perling Soccer School

1.Pemain cilik semakin meminati sukan bolasepak
2.Menambah bilangan ibu-bapa memilih untuk menghantar anak ke latihan bolasepak berbanding sukan lain
3. Bidang kejurulatihan semakin popular dan digemari

Najib-PESPRO FC

1.Sukan bolasepak perlu lebih menyeronokkan disamping memiliki struktur latihan yang bersesuaian
2.Memahami lebih banyak karakter kanak-kanak

Zico-UDA FC

1. Mengajar aspek disiplin dalam bolasepak lebih mendalam dan terperinci
2. Menjadikan bolasepak sukan nombor 1 diminati di dunia

Azmi Sawal-ATJ

1.Semua pelatih grasroot sudah mampu menjadi “thinking player”
2.Percaya dengan keupayaan diri sendiri disamping bersaing secara sihat

Jika diperhatikan kebanyakan jurulatih semua mahukan sukan bolasepak dijadikan teras utama dalam pilihan di kalangan kanak-kanak zaman sekarang. Persoalannya adakah kanak-kanak sudah kurang meminati sukan bolasepak?

Persoalan ini sebenarnya dapat dijawab juga dengan harapan mereka yang lain sebagai contoh mahukan bolasepak itu menyeronokkan dan lebih player oriented berbanding coach oriented.

Kebanyakan harapan-harapan ini sangat jujur dan ikhlas untuk melihat suasana bolasepak akar umbi semakin berkembang seiring dengan perkembangan F:30 dan juga SUPARIMAU.

Siapa pun kita tanpa menilai jawatan seharusnya bersama-sama berganding bahu dalam menjadikan satu harapan menjadi kenyataan. Usaha tangga kejayaan!