Ketiadaan penjaga gol utama Hafiy sedikit sebanyak memberikan satu pengalaman baharu bagi KMFC menghadapi situasi ini.

Hafiy terpaksa mengikuti sebuah kursus kepimpinan yang sangat penting dan ini sedikit sebanyak meletakkan Engku sebagai sandaran terakhir. Bukannya menafikan kebolehan penjaga gol sedia ada namun misi 6 mata penuh harus diutamakan.

Engku juga pernah menjadi penjaga gol pada minggu lepas dalam saingan Piala Pawang. Beliau tidak dibolosi langsung dan selepas kehadiran Iqbal,beliau bermain semula sebagai pertahanan.

Tahniah kepada Engku yang hanya dibolosi 3 kali pada hari ini. Ianya membantu KMFC mengutip mata penuh.