Tajuknya memang agak menggusarkan apabila dibaca namun kemungkinan untuk melihat KMFC terus tiada aktiviti sepanjang 2020 adalah tinggi.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Ianya adalah berdasarkan beberapa keputusan penganjur liga seperti Liga Belgium yang telah menamatkan saingan liga mereka. Selain itu Allianz Cup juga telah membatalkan terus liga mereka yang telah berlangsung selama 2 minggu. Terdapa saranan bahawa tiada perhimpunan boleh dilakukan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan selepas tempoh PKP berakhir.

Selain itu,terdapat beberapa usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan memberikan sedikit bayangan bahawa ianya akan berlanjutan seperti pengenalan TV PENDIDIKAN dan pembukaan pusat kuarantian untuk siap saga menentang gelombang ketiga wabak Covid-19.

KMFC akan mengambil tindakan memulangkan semula wang yuran mengikut kadar yang akan ditentukan jika perkara ini berlaku. Langkah-langkah persediaan ke arah itu sedang dirangka. Jika ianya benar-benar berlaku ianya adalah tahun paling senyap bagi KMFC namun kerja-kerja belakang takbir tetap akan dilaksanakan.

Sama-samalah kita berdoa kita mampu bermain bolasepak seperti biasa. Ayuh laksanakan tanggungjawab kita bersama menentang wabak Covid-19 ini.