Pernahkah anda terfikir suatu hari nanti KMFC dibeli oleh seseorang yang berminat mengembangkan lagi bakat-bakat yang ada di Kota Masai? Persoalannya berapakah nilai KMFC jika dijual? 

Bagi merungkai persoalan ini,kita akan pecahkan penilaian kepada beberapa bahagian. Harus diingatkan ini adalah satu anggaran yang amatur tanpa ada rujukan daripada mana-mana pihak.

  • PEJABAT KABIN KMFC-RM7000
  • LAMAN SESAWANG KMFC-RM3000
  • FB KMFC-RM2000
  • PERALATAN-RM2000

Oleh itu anggaran kasar nilai KMFC adalah RM14000 yang telah memasuki tahun ketiga penubuhannya. Selain memiliki barisan kejurulatihan yang baik,seramai lebih kurang 80 pelatih pelbagai latar belakang bakat sudah sedia untuk dikembangkan lagi bakatnya.

Keunikan dan kehebatan KMFC terletak kepada misi dan visi yang cukup jelas iaitu mahu mengembangkan bakat sekitar Kota Masai pada masa sama menjadi sebuah kelab bolasepak akar umbi yang serba lengkap dalam masa terdekat.

Di masa hadapan,perancangan membeli sebuah van atau kereta MPV serta menambah baik lagi infrastrutur padang akan menjadi keutamaan. Selain itu,KMFC memiliki sebuah kejohanan anjuran sendiri di bawah nama Kota Masai Grasroot League yang mempunyai peminat dan peserta tersendiri kerana konsep kejohanannya yang baik dan bermanfaat kepada akar umbi.

Namun,persoalannya adakah KMFC untuk dijual? Persoalan ini melihat bagaimana bakal pembeli ingin membawa KMFC di masa hadapan. Jika ianya dibeli dengan matlamat yang baik  ianya tidak mustahil. Namun jika ada ianya lebih kepada bersifat peribadi atau terlalu bersifat komersial,ianya adalah sesuatu yang tidak akan dipertimbangkan sama sekali.

Kenapa tiba-tiba perkara ini dibangkitkan? Ianya kerana KMFC telah dihubungi oleh seseorang yang sangat lama dan berpengalaman dalam akar umbi untuk membeli KMFC. Satu penghargaan apabila terdapat pihak yang sudah mula melihat kualiti yang ada di dalam KMFC.

Namun semuanya masih terlalu awal untuk diumumkan atau dibincangkan. Ianya hanyalah satu perbualan tidak formal. Apa-apa pun KMFC sentiasa akan mengutamakan komuniti setempat sebelum sebarang keputusan diambil.