Selepas berjaya mengutip 6 mata maksimum pada minggu pertama,KMFC menyasarkan perkara yang sama pada minggu kedua.

Namun begitu,pasukan yang bakal menanti KMFC bukanlah pasukan biasa-biasa. Mereka mempunyai sejarah menewaskan KMFC di peringkat kalah singkir dan itu menjadikan semangat untuk memenangi perlawanan di mingggu kedua semakin membara.

CJFC semasa sebuah kejohanan anjuran Pawang JB,telah berjaya mengikat KMFC 0-0 di Wira Perintis dan mengalahkan KMFC pada perlawanan akhir 0-1.

CJFC mara selaku juara kumpulan manakala KMFC mara selaku naib juara. Ianya melibatkan pemain bawah 11 tahun namun sebahagian besar pemain bermain di Liga Suparimau ini.

Beralih kepada Austin Cobra pula,sejarah pertemuan seakan memihak KMFC apabila memenangi kedua-dua perlawanan terakhir di Piala Pawang JB.

KMFC menang 3-0 di peringkat kumpulan dan 1-0 di perlawanan penentuan tempat ketiga. Namun harus diingat mereka menghantar 2 pasukan dalam kejohanan tersebut dan salah satu daripadanya bermain lebih baik dan menjadi juara pada kejohanan tersebut.

Satu perlawanan yang menarik pasti akan ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan lawan KMFC untuk masing-masing berehat daripada liga dengan tenang dan tenteram. Semoga maju jaya kepada semua.